Penggunaan istilah pada Zaman Pertengahan Saracen

Lukisan daripada manuskrip bergambar Byzantine abad ke-12 menunjukkan orang Rom menghukum Saracen Crete.

Penggunaan perkataan Saracen di Eropah bertukar sepanjang Zaman Pertengahan, tetapi maksudnya kekal negatif dan takrifan tepat masih kabur.[8] Dalam satu karya polemik abad kelapan, John dari Damasyik mengkritik orang Saracen sebagai pengikut nabi palsu dan "pelopor Dajjal".[9] Dua abad kemudian, orang Eropah melihat Saracen sebagai penyembah berhala yang miskin dan tidak berpelajaran yang asing daripada orang Arab yang membawa Aristotle kepada Barat serta Moor dan Barbar yang berperang dengan puak Kristian di Sepanyol.Sesorang yang mendapatkan maklumat berkaitan Islam daripada sumber-sumber [Eropah] Zaman Pertengahan tidak akan membuat usul yang ketiga-tiga keumpulan di atas datang daripada budaya yang sama.[8]

Kesusateraan Zaman Pertengahan dan ras

Pada abad ke-12, orang Eropah Zaman Pertengahan memiliki pemahaman yang lebih kukuh berkaitan Islam dan Saracen menjadi penanda ras dan agama.[5][10] Dalam sebahagian kesusasteraan Zaman Pertengahan, Saracen, – yakni Muslim – berkulit hitam manakala Kristian berkulit putih. Suatu contoh didapati dalam karya The King of Tars ("Raja Tars") sebuah roman Zaman Pertengahan.[11][12] The Song of Roland ("Syair Roland"), satu syair keperwiraan Perancis abad ke-11, membawa hubungan kulit hitam dengan Saracen lebih jauh, dengan membuat warna kulit itu ciri utama Saracen.[13]